Thursday, February 4, 2010

KEBERSIHAN WANITA

 

MASALAH BAU DAN KEPUTIHAN BERLEBIHAN

OLEH
DR. NORLEEN MOHD SALLEH

(Pakar Perbidanan & Sakit Puan Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam)

Keadaan kurang berat badan atau lebih berat badan mungkin boleh menyebabkan tahap hormon di dalam badan tidak seimbang dan kedatangan haid yang tidak menentu.

Masalah kegatalan dan keputihan pula mungkin berpunca daripada jangkitan di faraj dan permukaan kulit sekitarnya.

Masalah ini boleh dirawat dengan menjalani ujian untuk mengesahkan jenis jangkitan dan mendapatkan nasihat doktor tentang kaedah rawatan terbaik untuk mengatasinya.

Selain jangkitan kuman, pesakit juga mungkin telah dijangkiti kutu rambut yang menimbulkan rasa kegatalan tersebut.

Penyakit ini banyak berkait rapat dengan penjagaan kebersihan di sekitar kawasan kemaluan.

Masalah seperti ini juga tidak mempunyai kaitan dengan amalan pemakanan pesakit.

Keputihan biasa boleh bertukar akibat campuran peluh dan jangkitan bakteria serta akan mengeluarkan bau yang agak kurang menyenangkan jika tahap kebersihan sekitar kemaluan kurang dijaga.

Pesakit boleh cuba menggunakan pantyliner yang mengandungi wangian atau dari sumber herba untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan ini untuk meningkatkan keyakinan diri ketika bergaul bersama rakan-rakan.

Amalkan juga penukaran pantyliner sekerap yang boleh dan penjagaan kebersihan di kawasan sulit terutama sekali semasa datang haid.

Pesakit juga sepatutnya berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk memastikan sama ada masalah yang dihadapi berpunca daripada jangkitan kuman atau masalah lain seperti ketidakseimbangan hormon sebelum mencuba produk pencuci berkenaan.

Minta pandangan doktor rawatan bagaimana untuk menyelesaikan punca masalah yang dihadapi ini dan jangan hanya bertumpu kepada menutup gejala seperti bau yang timbul.

Pastikan juga masalah yang dihadapi ini dirawat sebaik mungkin dan tidak menjadi lebih teruk atau menjejaskan kehidupan berkeluarga pesakit kelak. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...